Pengguna Online: 3
Tiada Ahli Online
Ahli Berdaftar: 203
oscarmed
|
| February | | Mo | Tu | We | Th | Fr | Sa | Su |
|---|
| |
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
11
|
12
|
|
13
|
14
|
15
|
16
|
17
|
18
|
19
|
|
20
|
21
|
22
|
23
|
24
|
25
|
26
|
|
27
|
28
|
29
|
| | | |
Events
Click here for more
|
|
| Kursus PERASA Pembantu Tadbir Siri 2/2011 |
Pada 27 - 29 September 2011 yang lalu, Sektor Psikologi dan Kaunseling KPM telah menganjurkan Kursus PERASA kepada Pembantu Tadbir yang berkhidmat di sekolah, PPD dan JPNS. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Kaunselor Organisasi PPD di Negeri Sembilan. Kursus ini telah diadakan di Kem PUSAKO Hassan Basir, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Kursus yang dihadiri seramai 28 orang peserta telah ditutup secara rasminya oleh Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Tn. Hj. Hashim bin Haron. Selain daripada Kaunselor Organisasi PPD yang menjadi penceramah dan fasilitator, kursus ini turut dijayakan oleh Imam Muda Fatah dalam pengisian kuliah Maghrib.
|
|
| PROGRAM KOMUNITI DAN KAUNSELING KPM |

Pada 25 Julai 2011, satu program komuniti dan kaunseling anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM bersama JPNS telah diadakan di Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban. Program turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Asariah bt. Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan). Selain beliau program ini turut dihadiri oleh Pengarah BPG, Pengarah JPNS dan PPD Seremban. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sedikit ceramah oleh Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNS, Tn. Hj. Hashim bin Haron dan kemudiannya sesi kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh Kaunselor Organisasi PPD di Negeri Sembilan. Selepas sesi kelompok, sesi ceramah telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Nazmi bin Mohd. Noor, TSUB Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM. Sebaik sahaja ketibaan YBhg. Dato' Asariah, majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil di bawah pimpinan Ustaz Ramadhan, Kaunselor Organisasi IPG Raja Melewar, Seremban. Program ini diakhiri dengan jamuan ringkas dan sedikit cenderahati daripada YBhg. Dato' Asariah kepada anak-anak yatim Darul Aminan ini. Masjlis bersurai kira-kira jam 1.00 tgh.
|
|
Pada 25 hingga 29 Julai 2011 bertempat di Hotel Everly, Melaka, satu kursus tentang SEFT iaitu Spiritual Emotional Freedom Technique telah dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM. SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan spiritual) utuk mengatasi pelbagai masalah fizikal, emosi, fikiran, motivasi, tingakh laku dan 'peak performace' secara cepat, mudah dan universal.
|
|
| Kursus Kompetensi Kaunselor Organisasi 2011 |
Kursus Kompetensi Kaunselor Organisasi KPM Tahun 2011 telah diadakan pada 19 hingga 21 Julai di Selesa Beach Resort Port Dickson. Kursus ini merupakan Plan Operasi Latihan (POL) bagi Kaunselor Organisasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan satu cabang yang terpenting dalam disiplin pembangunan sumber manusia. Kursus ini dihadiri oleh Kaunselor Organisasi PPD dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
|
|
| Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke 17 |
Pada 5 & 5 Julai 2011 yang lalu, Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke 17 Tahun 2011 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang betemakan "Budaya Pengiktirafan: Antara Realiti dan Ekspektasi". Seminar ini telah dihadiri oleh Kaunselor dan Pegawai Psikologi dari Jabatan-Jabatan Kerajaan dan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Setiusaha Negara.
|
|
| Penulisan Kajian Tindakan |
Pada 31 Mei 2011 yang lalu, rombongan Kaunselor Organisasi Negeri Sembilan telah berkunjung ke Bahagian Psikologi Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyiapkan penulisan Kajian Tindakan dengan dibimbing oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Dr. Siti Taniza bt. Toha. Kajian bertajuk "Menangani Kesan Emosi Terhadap Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Yang Terlibat Dengan Bencana Banjir di Daerah Tampin pada 2011" ini dijangka akan diterbitkan dalam Jurnal BPsK keluaran akan datang ini.
|
|
| Program 'Cism Team' Nageri Sembilan |
Pada 24 Mei 2011 hampir 40 orang ahli AKRAB Negeri Sembilan telah mengikuti Kursus Asas untuk 'Cism Team' di BPsK Putrajaya. Antara ahli AKRAB ialah dikalangan Kaunselor Organisasi PPD, Kaunselor Sekolah dan Ketua Unit di Jabatan. Kursus ini memberi pendedahan awal tentang tragedi yang mendatangkan perasaan trauma kepada mangsa dan peranan 'Cism Team' untuk membantu dari segi psikologi dan emosi.
|
|
| Majlis Persaraan Tn. Hj. Mad Aris bin Azis |
Tn. Hj. Mad Aris bin Azis telah bersara wajib pada 04 Mei 2011 yang lalu dan mengakhiri perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pegawai Pelajaran Daerah Tampin.
|
|
| Program Traumatik Banjir Warga JPNS 2/2011 |
|
Musibah mendatang tanpa diduga dan mampu dihalang.Begitulah nasib yang menimpa 66 warga pendidik di sekitar daerah Gemas pada akhir Jan 2011.Walaupun telah berlalu hampir 4 bulan namun kesan traumatik pasti segar dalam ingatan mereka. Justeru ,Sektor Psikologi dan kaunseling,JPNS turun ke padang menyelami hati nurani dan mendengar perasaan emosi yang masih terpendam.Pada 21 April yang lalu, seramai 18 orang guru telah berkumpul di SK Syed Sirajudin (Kem Tentera), Gemas dengan dihadiri bersama Tn Hj Masbah Dato Hj Taha, Setiausaha Bahagian (SUB ),Bahagian Psikologi & Kaunseling,KPM , KS SPsK dan kaunselor-kaunselor PPD JPNS. Dalam ucapan ringkasnya,Tn SUB menjelaskan peranan kaunseling amat penting pasca banjir kerana jika emosi tidak dilepaskan( dipendam ) kemungkinan akan berlaku stres melampau dan kemurungan akan mengambil tempat. Kita tidak menyalurkan bantuan berbentuk fizikal kerana peranan ini telah diambil oleh pelbagai agensi pada ketika kejadian tetapi lebih cenderung ke arah menstabilkan jiwa survival banjir . Beliau menyarankan para guru redho dengan musibah ini kerana sudah pasti banyak hikmah di sebalik kejadian . Sesuatu yang boleh difikirkan pada masa depan ialah keperluan persediaan awal dalam menghadapi bencana kerana fenomena cuaca yang tidak menentu pasti berulang lagi.
(Gambar Lain)
|
|
| Program LO Stres Kewangan Warga KPM |
|
Bahagian Psikologi dan Kaunseling ,KPM telah berjaya menganjurkan satu Bengkel Organisasi Pembelajaran berkaitan menangani stres kewangan dalam kalangan staf Waga KPM. Majlis telah berlangsung pada 7 April 2011 di Dewan Serbaguna, Aras 9, Kompleks E 12, Putrajaya. Slot pertama telah diisi oleh TSUB BPsK, Dr Siti Taniza bt Toha berkaitan senario dan punca stres yang dialami oleh penjawat awam pada hari ini. Beliau menyarankan kepada peserta beberapa tips untuk mengurangkan rasa tertekan serta pendekatan amalan spritual yang sesuai.Pada slot kedua, para peserta telah didedahkan kepentingan perancangan pengurusan kewangan diri oleh penceramah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit( AKPK ). Respons para peserta amat menggalakkan kerana input-input yang diperolehi boleh dijadikan panduan dan mengurangkan rasa tertekan serta meningkatkan prestasi kerja .
|
|
| Kunjungan Hormat terhadap Dato Hj Azam md Atan Pengetua Cemerlang SEMESRA |

Pada 13 April 2011 , Sektor Psikologi dan Kaunseling telah melakukan kunjungan hormat terhadap Dato Hj Azam sempena persaraan wajib beliau ada 15 April 2011. Pihak SPsK ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan atas sumbangan khidmat bakti sebagai pendidik kepada Dato Hj Azam Md Atan, Pengetua Cemerlang SEMESRA selama hampir 34 tahun..Beliau telah melalui pelbagai ranjau sepanjang dalam perkhidmatan hingga ke tahap tertinggi sebagai Pengetua Cemerlang Jusa C Kementerian Pelajaran Malaysia. Seperkara lagi , beliau merupakan Pengetua yang cukup akrab dengan perkembangan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pada hari dan sentiasa menjadi rujukan kepada para kaunselor sekolah. Dalam amanat terakhir , beliau berpesan agar sentiasa menjaga integriti , ikhlas dan sentiasa menjaga ketrampilan diri khususnya sebagai seorang kaunselor. Pihak SPsK mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau sekeluarga dan berharap beliau akan memulakan episod baru dalam kehidupannya sebagai pesara awam dengan mencurahkan segala pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsikan bersama warga pendidikan .Selamat Bersara Ckgu !
|
|
|
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
Tn. Hj. Hashim bin Haron
Ketua Sektor
En. Roslee bin Hj. Ahmad
Penolong Pengarah
Pn. Zakiah binti Zakaria
Kaunselor Organisasi PPD Seremban
En. Shamsulkamal bin Rahman
Kaunselor Organisasi PPD Jempol & Jelebu
En. Muzafar Nor bin Muris
Kaunselor Organisasi PPD Tampin
En. Riddzwan bin Salim
Kaunselor Organisasi PPD Kuala Pilah
En. Jamaluddin bin Abdul Ghani
Kaunselor Organisasi PPD Port Dickson
Tn. Hj. Mohd Zhaffar bin Hussin
Kaunselor Organisasi PPD Rembau
Pn. Zahariah binti Abu
Pembantu Tadbir
Pn. Amnah binti Yasin
Pembantu Tadbir
|
Anda perlu daftar sebagai ahli untuk hantar mesej di ruangan ini.
Shoutbox Archive
|
|